
Ma Boy (korean)
Jang Geu Rim (Kim So Hyun) seorang pelajar yang teringin jadi
pop-star. Dia 'transfer' ke art school dan menjadi 'roommate'
Irene (Sun Woong-TOUCH) yang sebenarnya seorang lelaki.
Irene menjadi pelakon CF perempuan sebab mukanya yang
cantik yang nama sebenarnya Hyun Woo. Hyun Woo menjadi Irene
atas sebab-sebab tertentu :) tengok la..sikit je kott 4 episode je!
Battle Royale (japanese)
Shuya Nanahara, seorang pelajar sekolah menengah di Jepun,
kelas 3-B, cuba mengahadapi kehidupannya setelah bapanya membunuh diri
di rumahnya. Sementara itu, Noriko Nakagawa 'schoolmate'
Shuya yang merupakan anak murid kesayangan gurunya, Kitano.
Setahun kemudian, murid kelas 3-B menjalankan satu program
lawatan selepas tamat pengajian, tetapi bas mereka diserang dengan gas
beracun dan dihantar ke sebuah pulau yang jauh. Murid kelas 3-B dipakaikan
satu kolar elektronik di leher. Kitano, guru kelas 3-B menjelaskan bahawa
murid kelas 3-B dipilih menyertai Battle Royale dibawah Akta BR. Kolar
elektronik yang dipakaikan akan meletup sekiranya murid cuba untuk membuka
kolar tersebut. Masa yang diberikan adalah 3 hari, murid kelas 3-B harus
membunuh sesama sendiri untuk terus hidup (sehingga tinggal seorang
yang hidup, dikira menang). Jika selepas 3 hari tiada yang menang,
kolar tersebut akan meletup dengan sendirinya.
Shogo Kawada merupakan bekas pemenang Battle Royale
3 tahun lepas membantu Shuya Nanahara dan Noriko Nakagawa
untuk melepaskan diri sari Battle Royale.. Cerita ni 'bloody' sikit :P
tapi best, adventure!
Brown Sugar Macchiato (taiwanese)
Enam lelaki dengan personaliti dan latar belakang yang berbeza iaitu
Ao Quan,Wang Zi, Xiao Yu, Xiao Jie, Wei Lian dan Ah Wei
diberitahu mereka berkongsi bapa yang sama.
Oleh sebab itu, bapa mereka ingin mewarisi hartanya.
Untuk mewarisi harta tersebut, mereka perlu menghadiri sekolah yang sama dan
tinggal di rumah yang sama selama satu tahun untuk menjadi adik-beeradik penyayang.
Tetapi, mereka bukan sahaja membenci antara satu sama lain,
mereka perlu berurusan dengan sembilan gadis menyakitkan hati dari kelas mereka.
Adakah mereka lulus ujian tersebut? Atau, jatuh cinta dengan rakan sekelas mereka yang
akan merenggangkan lagi hubungan mereka?
Tu jelah yang NuRin tengok baru-baru ni, okayy :)
annyeong~~